Kedatangan Ramadhan semakin terasa kan..semoga kita di panjangkan usia oleh-Nya utk sama-sama merasai keindahan dan kenikmatan ibadah di bulan penuh barakah ini..aminn Ya Rabb :)
Kat sini saya nak kongsi satu lagi resepi by kak nor baini..kali ni kuih raya pula..kuih tart gulung..mesti ramai kat luar sana yg sgt menggemari kuih ni..kuih feberet aka wajib ada di hari lebaran gitu.. :DD sy sgt3 suka nak cuba resepi kak nor sbb sgt3 simple n sedap..sgt berterima kasih pd kak nor krn sudi share resepi ni dgn kami..very very kind of you n semoga diberkati n dikurniakan rezeki yang melimpah ruah hendaknya ^_^ Kpd makcik n cousy yg beri ruang pd sy utk ber'eksperimen' dgn resepi-resepi yg sy ada..terima kasih daun keladi juga di ucapkan..acehh..da mcm ucapan salam raya pulak sy rasa :p ok..jom kita tgk macamana nak buat kuih tart gulung ni ;)
Bahan-bahan
1. 125g butter
2. 1 biji kuning telur
3. 20g gula icing
4. 10g tepung jagung
5. 225g tepung gandum
Cara-cara
Campur semua bahan di atas dan gaul hingga sebati (adunan ini mestinya lembut). masukkan dalam acuan, tekan memanjang, letak jem nanas dan gulung. sapu kuning telur dan bakar pada suhu 140-150 degree C atau sehingga masak.
Jem Nanas
1 biji nanas di parut dan di toskan
1 1/2 cwn gula pasir atau semanis yg kita nak
Masukkan ke dalam periuk, kacau selama 10 minit baru masukkan gula. kacau hingga pekat.
(tart gulung dalam oven..really like the color!! ^_^)
(yeah..da masak..)
('pebarisan' tart gulung!! \(^_^)/)
(nyum..nyum..sape nak rase?hehe)
(as requested by the preggy mom dalam gambar ni
spy gmbrnye di maskukkn sekali..hehehe..tq long!hang sgt comel!)
SELAMAT MENCUBA! ^_^
No comments:
Post a Comment