ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA SEMUA ^_^
Aduhai kek coklat..xde kek lain ke kan..kek coklat..kek coklat..haha..saya bekesempatan buat kek coklat kukus ni atas request salah seorg cik puan cosin sy..klu x, malas juga nak buat tu..nak bg kat anak2 dia katanya..cuti2 sekolah ni kan..seronok layan anak2 dia..so, terhasillah kek coklat kukus versi dlm cup ni..jom tgk resepi >_<
KEK COKLAT MOIST KUKUS
BAHAN-BAHAN
BAHAN A
1 cwn koko
1 cwn gula castor
1 cwn minyak masak
1/2 cwn susu pekat
1 cwn susu coklat
BAHAN B
1 1/4 cwn tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
4 biji telur (diputar hingga kembang)
CARA
Satukan semua bahan A dalam periuk dan masakkn di atas api kecil sehingga sebati. Ketepikan dan sejukkan. Semua bahan B diayak bersama. Masukkan telur yg telah dipukul smpai kembang td dalam adunan A yg dah sejuk. Kemudian masukkn bahan B yg telah di ayak perlahan-lahan.
Masukkan adunan ke dalam loyang/cup mengikut kesukaan..kukus lebih kurang 1 jam atau hingga masak. ^_^
Opps..xde topping, kureng pula rasa kek coklat kita..untuk bahan-bahan topping:
TOPPING
1 cwn koko
5 sudu susu pekat
sedikit air
1 sudu margerin
Campurkan semua bahan di dalam periuk.
Masak atas api kecil sehingga pekat.
Sejukkan. Sedia untuk dijadikan topping.
Boleh tabur coklat rice/dice sebagai hiasan.
HAPPY HOLIDAY!
^_^
sedappppnyeee..
ReplyDelete