Salam jumaat dan selamat sejahtera kepada semua pembaca..semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya..lama juga rasanya saya tak update apa2 di blog ni..actuli, dlm jangka masa ni, saya ada mencuba beberapa resepi drpd blog dan resepi yg dapat dr kenalan n family..tapi xupdate2 kat blog pula..huhu..bukan senang juga nak jadi bloger yg konsisten rupenye..mmg kna ada ketekunan yg tinggi juga :p apa2 pon harap pembaca tidak jelak utk intai2 blog sy yg kengkdang on off ni ya ^_^v
Untuk entry kali ni, saya nak kongsikan hasil kek pelangi saya yg pertama..masa buat kek ni, saya rasa sgt xcited coz mmg dah lama nak cuba buat kek kegemaran ramai ni..saya gunakan resepi dari blog kak Azlita Aziz. mmg ada dua tiga pilihan resepi utk buat kek ni..rkn pembaca kat luar sana boleh lah cuba yg mana berkenan di hati jg ya..hehe..terima kasih daun keladi buat kak Ita utk resepi yg di kongsi INI.
Bahan-bahan:
3 cwn tepung gandum
4 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
1 cwn butter (suhu bilik)
2 cwn gula castor
2 sudu kecil esen vanilla
5 biji putih telur (suhu bilik)
1 1/2 cwn susu segar (suhu bilik)
pewarna - orange, merah, kuning, biru, ungu, dan hijau
(sedikit tambahan utk catatan sndr)
*Sediakan loyang saiz 8''. lapik dgn baking paper dan sapukan butter pd baking paper dan keliling loyang.
*Panaskan oven - 170 degree C
*Sediakan penimbang utk bahagi adunan kepada 6 bhgian
*Sediakan 6 bekas utk warnakan adunan
Cara:
Ayak tepung gandum, baking powder dan garam.
Pukul butter dan gula castor sehingga gebu.
Masukkan putih telur sedikit demi sedikit dlm adunan butter dan gula td.
Masukkan esen vanilla.
Perlahankan speed mixer. Masukkan bahan yg telah di ayak td berselang seli dgn susu segar.
Adunan yg telah siap td di bahagikan kepada 6 bhgian (timbang utk dapatkan tebal kek yg sekata).
Letak pewarna utk setiap bhgian dan bakar satu persatu hingga masak (~ 15-20min)
(Utk topping, saya gunakan Itallian Meringue Buttercream)
ITALLIAN MERINGUE BUTTERCREAM
Bahan-bahan:
200g gula
60g air
140g putih telur (4biji)
300g butter
300g shortening
esen vanilla/orange
Cara:
Whisk putih telur hingga 'medium fluffy' (agak berbuih). Sambil itu masakkn gula n air di atas api kecil selama 20 min (klu ada jangka suhu - sehingga larutan capai 118 degree C) atau sehingga gula cair dan memekat. Tuangkan gula td terus kedlm putih telur (mixer masih bergerak). Mix hingga menjadi meringue. Akhir sekali, masukkan butter dan shortening dan putar hingga krim jd kembang dan soft.
Saya sapukan krim ni pada setiap lapisan kek pelangi dan seluruh kek..kemudaian hiaskan kek mengikut citarasa sndr..(sy deco cake tanpa turn table..aiiyyaaakk!!comot momot.. :p)
SELAMAT MENCUBA!
\(^_^)/
No comments:
Post a Comment