Sunday 6 January 2013

RENDANG DAGING DAN PARU TOK WAN BIB

Assalamualaikum dan selamat sejahtera
^_^

Apa kabar sahabat-sahabat di luar sana?Dah hampir seminggu kita menjalani rutin harian di tahun baru Masihi 2013..apa agaknya menu2 istimewa akan muncul utk tahun ni kan..hehe..menu tahun lepas pon byk x cuba lagi ni :p Apa-apa pun..untuk dapur masak-memasak tahun ni..saya akan mulakan dengan perkongsian resepi special air tangan ibu tercinta..hehe..sempoi je..dan semestinya lazattt..nyum2..RENDANG DAGING DAN PARU TOK WAN BIB (tok wan bib tu..ibu sy..da ada cucu so pnggil tok wan ^_^v).

Jom kita tengok bahan2 yg sempoi ni ;) :

Ok..dah tgk bahan-bahannya..jom kita tgk cara nak sediakan rendang ni pula..menurut ibu saya,resepi ni sesuai utk semua jenis rendang..klu nak tukar daging n paru pada ayam atau kerang pon boleh..cuma pekat rendang tu ikut selera masing2..klu nak berkuah skit,xperlu biar atas api lama-lama..klu nak kering, perlu kcu rendang lebih lama ;)

1) Kupas bawang merah, bawang putih, lengkuas dan serai. Potong sederhana. Buang batang cili padi. Cuci semua bahan tadi. Semua bahan diblander bersama dengan sedikit air - (BAHAN A).
 2) Gunting cili kering untuk buang bijinya. Cili kering kemudian direbus dan di tos kemudian diblander dgn sedikit air - (BAHAN B).

 3) Daging dan paru dibersihkan kemudian dipotong sederhana kecil..atau mengikut selera masing-masing.
 4) Daging dan paru tadi di masukkan ke dalam kuali bersama serbuk kunyit dan garam..gaul mesra bahan, dan biarkan seketika.
 5) Masukkan BAHAN A dan kacau rata. Campuran diperap seketika.
6) Masukkan pula BAHAN B dan kacau rata. Perap seketika.
 
7) Api dipasangkan..gaul kan campuran sekali sekala sehingga mendidih dan daging hampir empuk/masak.
 
8) Masukkan santan diikuti kerisik, daun limau purut yg telah dikoyak-koyak kecil dan asam keping.
Gaul mesra semua bahan. Selepas seketika, boleh rasa kuah sedikit. Kalau kurang rasa, boleh tambah garam atau kiub ayam jika suka.
9) Rendang perlu kerap di gaul supaya tidak berkerak atau hangus di bawah. Biarkan kuah mengering sedikit dan pastikan daging dan paru sudah masak sepenuhnya.

 10) Padamkan api. Senduk rendang ke dalam bekas. Sedia untuk dihidangkan.
(Jika suka, boleh potong halus daun kunyit dan dicampurkan ke dalam rendang sebelum padamkan api. Ayah xsuka daun kunyit, so ibu xletak..hehe)
 
~@ Siap Sudah Rendang Daging dan Paru,
Untuk Juadah Seisi Kelurga,
Resepi Dikongsi Di Tahun Baru,
Semoga Bertemu Lagi di Lain Masa @~
 
::SELAMAT BERISTIREHAT BERSAMA KELUARGA DAN SELAMAT MENCUBA::
\(^_^)/

No comments:

Post a Comment