Tuesday 8 January 2013

SAMBAL IKAN KERISI TOK WAN BIB

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA

Sambungan kepada menu rendang daging tok wan bib, ada satu lagi menu ingin saya kongsi bersama sahabat-sahabat semua..menu nya juga ringkas dan sgt mudah untuk disediakan. Kali ni kita siang menyiang ikan pula..n pada yang kurang makan pedas, memang xsesuai lah nak cuba menu ni..sbb memang sedikit pedas..hehe..jom tengok SAMBAL IKAN KERISI TOK WAN ni.. ^_^
CARA-CARA:
 
1) Ikan kerisi di siang dan di bersihkan. Gaulkan ikan dengan serbuk kunyit dan garam secukupnya. Ketepikan.
2) Bawang putih dan bawang kecil dikupas kulitnya dan dibersihkan. Buangkan batang cili merah dan bersihkan serta dipatah-patah sahaja.
3) Ketiga-tiga bahan tadi di tumbuk sederhana halus dgn menggunakn lesung batu. Ketepikan.
4) Panaskan minyak dalam kuali. Goreng ikan kerisi sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
5) Dalam kuali yg sama, tumiskan bahan yang telah ditumbuk tadi sehingga garing dan masukkan garam secukup rasa. Apabila bahan sudah cukup masak (pecah minyak), masukkan ikan kerisi yang telah digoreng td.
6) Gaul mesra ikan dan sambal. Tutupkan api. Sambal ikan sedia untuk dihidangkan.
 
NYUMMMMMYYY!!SELAMAT MENCUBA DAN SELAMAT MENJAMU SELERA!!
^_^


No comments:

Post a Comment