Wednesday 16 January 2013

SAGU+AIR GULA MELAKA+SUSU CAIR/SANTAN

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA
 
Bertemu lagi dalam ruangan kecil dapur MASAK MEMASAK. Kali ni, saya nak kongsi satu penyediaan pencuci mulut yang mudah n ringkas, SAGU GULA MELAKA BERSAMA SUSU CAIR. Walaupun ringkas, tapi pencuci mulut ni sgt femes dihidangkan d majlis2 rasmi dan sbgi pencuci mulut d hotel2. Cuma bezanya, penyediaan d rumah, kita xpentingkan rupanya. Jadi klu pencuci mulut ni di hidangkan di majlis2 rasmi atau di hotel2, rupanye di sediakan nampak lebih eksklusif dalam pelbagai bentuk.
^_^
 
BAHAN-BAHAN:
sagu
air utuk merebus sagu
garam
gula melaka
susu cair atau santan
daun pandan
*esen vanilla (jika guna santan)
 
CARA-CARA:
Basuh sagu 2-3 kali bilasan. Tuangkan sedikit garam (xperlu letak pon xpa) dan air yang byk untuk merebus sagu. Sagu direbus sehingga masak dan sagu kelihatan bewarna jernih. Setelah itu, letak sagu yang telah masak tadi dalam penapis dan bilas dengan air.
Sagu yang telah di bilas di letakkan dalam bekas berbentuk mengikut kesukaan (atau cawan/bekas plastik biasa). Masukkan sagu dalam peti sejuk.
 
Untuk penyediaan kuah sagu, masakkan gula melaka di atas api bersama 3/4 cawan air. Boleh masak gula melaka bersama daun pandan untuk dapatkan bau yang harum. Setelah gula melaka cair kesemuanya, tapiskan air gula melaka.
 
Jika susu cair ditukarkan dgn santan, boleh masakkan santan di atas api sederhana bersama satu sudu kecil esen vanilla dan daun pandan. Tapis santan yang telah masak tadi sebelum dihidangkan.
 
Sagu sedap dihidangkan bersama air gula melaka dgn susu cair atau santan sejuk2.
 
 
SELAMAT MENCUBA!
\(^_^)/

No comments:

Post a Comment