Sunday 17 February 2013

BISKUT COKLAT CHIP

<3 Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua <3
 
Untuk entry kali ni, saya ingin berkongsi resepi biskut coklat chip. Biskut ni sangat sesuai untuk di sajikan sebagai kudapan di petang hari juga boleh di jadikan snek semasa menonton TV. Tak semestinya tunggu hari raya baru boleh makan biskut ni kan..hehe..sambil-sambil cicah biskut ni dengan susu segar pon sedap..memang YUUMMYY! :D Resepi ini saya olah dr resepi asal semasa belajar di MIB (Malaysian Institute of Baking) mengikut bahan-bahan yg ada di dapur masa ni..kadang-kadang, terasa nak makan tu, tgk-tgk resepi n bahan yg ada,campur-campur..menjadi juga..asalkan xtersasar jauh dr resepi basic, in syaa Allah akan menjadi..hihi :D
 
BAHAN-BAHAN
 
30g coklat masakan (cairkan)
150g butter
75g gula
1 biji telur
sedikit garam
15g serbuk koko
250g tepung naik sendiri
50g tepung gandum
2cwn coklat chip (boleh tambah kepingan almond jika suka) 
 
CARA-CARA
 
Ayak bersama serbuk koko, tepung naik sendiri dan tepung gandum. Dalam bekas yg lain pukul bersama coklat masakan yg telah dicairkan, butter, gula dan sedikit garam sehingga sebati. Masukkan telur dan pukul lagi. Masukkan adunan tepung yang telah diayak tadi bersama coklat chip dan gaulkan sehingga menjadi doh.
 
Dengan hanya menggunakan sudu (sy guna tangan shj), sudukan  adunan sebesar biji guli (xperlu bulat betul) dalam tray pembakar. Kaedah ini diulang sehingga adunan habis. Dengan menggunakan garfu, tekan adunan yg telah disusun dlm tray secara bersilang. Atau anda boleh membentuk adunan biskut mengikut kesukaan..tapi jgn terlalu menekan adunan atau menggaul adunan utk elak dr biskut menjadi keras.
 

Masukkan doh yg telah dibentuk tadi dlm fridge selama lebih kurang 1 jam. Selepas itu, biskut dibakar pada suhu 180 degree C selama 15-20min atau sehingga masak. Sejukkan biskut.
 

Sedia untuk dihidangkan atau boleh disimpan dalam bekas dan utk dihidangkan kemudian.
 
SELAMAT MENCUBA!
\(^_^)/


No comments:

Post a Comment