Thursday 7 February 2013

PUDING ROTI KISMIS

Assalamualaikum dan selamat sejahtera pada semua
^_^


Harini saya nak kongsikan hasil membakar puding roti. Sebelum bakar roti ni, saya tengok-tengok di youtube cara-cara nak sediakannya..kali ni, sy xtgk di blog..saje nak try resepi di youtube..hehe..ada lah dalam 3-5 rakaman video yg saya tgk..last skali, buat rumusan, nak buat puding roti ni, agak simple. Hanya perlukan roti yg sedap, telur, gula, esen vanilla dan wipping cream, atau wipping cream boleh ditukar dgn susu segar dan butter. Untuk menambah rasa puding, kita boleh campurkan buah-buahan dan selalunya, kismis menjadi pilihan. Ok, jom kita tgk bahan-bahan untuk buat puding roti. Saya buat olahan sendiri ikot bahan yang ada di dapur ;)
 
PUDING ROTI KISMIS
 
BAHAN-BAHAN
 
roti secukupnya (sy guna roti gardenia)
2 cwn whipping cream @ 2 cwn susu segar suam + 2 sb butter
1 sb tepung custard
2 biji telur
1 st esen vanilla
2 sb gula castor (boleh tambah jika nak manis.sy guna whipping cream yg manis, so xletak gula byk)
kismis secukupnya
 
CARA-CARA
 
Dengan menggunakan whisk tangan, pukul telur bersama gula dan esen vanilla sehingga sebati sahaja. Ketepikan. Dalam bekas yg lain, satukan whipping cream dan tepung custard dan kacau hingga sebati. Tuangkan adunan telur tadi ke dalam adunan whipping cream dan kacau sebati. Ketepikan.
Ambil loyang atau bekas pembakar yg telah dioles dgn butter, carikkan roti menjadi satu lapisan dasar puding. Tuangkan 1/2 adunan yang di ketepikan tadi atas roti dan taburkan kismis. Ulang kaedah sehingga semua bahan habis. Bakar puding secara doble boiler pada suhu 170 degree C selama 40min atau sehingga masak (permukaan atas puding akn jd warna browish bila dh masak). Puding sedia untuk di hidangkan. 
 
Semoga kita semua sentiasa berada dalam lindungan dan Rahmat daripada Allah swt hendaknya. Pada pagi Jumaat yang mulia ini, sy rasa sgt bersyukur masih di berikan umur utk menjalankan ibadah kehidupan. Masih banyak perkara lagi yang perlu dipelajari rasanya. Rentetan daripada slot Islam Itu Indah oleh Ustaz Ebit Lew, masih terngiang-ngiang kata-katanya, bhw masa kita di dunia adalah untuk melengkapi kemahuan Allah swt, bukannya melengkapi kemahuan kita. Maha Suci Allah.. Semoga diri saya sendiri dan sahabat-sahabat di luar sana berusaha kearahnya dan di tunjukkan jalan oleh-Nya. In syaa Allah, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan ;)
 
SELAMAT BERHUJUNG MINGGU!
\(^_^)/

No comments:

Post a Comment