Wednesday 29 October 2014

PUDING CARAMEL

BAHAN-BAHAN

*3 sudu gula atau secukupnya
*7 biji telur
*1 tin susu pekat
*1 sudu teh esen vanilla
*1 cawan air

CARA

1) Masak gula dalam loyang atas api kecil. Bila gula bertukar warna perang, masukkan sedikit air (3 sudu atau lebih) dan lenggang loyang supaya gula rata. Ketepikan.

2) Dalam bekas yg lain, pecahkan telur. Kacau rata.

3) Masukkan esen vanilla, susu dan air. Kacau sebati.

4) Tuang/tapis adunan dalam bekas gula hangus tadi.

5) Bakar/kukus lebih kurang 45 minit atau sehingga masak menggunakan kaedah 'water bath' supaya puding masak rata.





SELAMAT MENCUBA
(^_<)V

Tuesday 4 February 2014

BUAH TANGAN JADI HANTARAN TUNANG! ^_^

<3 Assalamualaikum dan selamata sejahtera kepada semua <3
Minggu ni masuk minggu kedua cuti sekolah..apa agaknya aktiviti kta cuti sekolah ni kan?klu sy zaman knk2 dlu..seronok sgt la klu ibuayah bw pegi bercuti..jalan2 makan angin..mungkin masa dlu dan sekarang xbyk berubah..sbgi studen xkisah lah dr sek rendah, menengah even studen universiti sekali pon, cuti adalah saat2 yg dinanti2kan selalu..al maklum la..xperlu buat homework..assignmen n sebginya..memang la seronok! ;)
Cuti sekolah jg..masanya utk buat kenduri kendara..terutama kenduri walimatulurus aka kenduri kawen..bertunang..akikah..korban..ehh..xsampai lagi ye musim haji..hehehe..saja melawak.. :p boleh di katakan hampir setiap hujung mnggu sepanjang cuti sekolah mesti ada jemputan kawen ni..nak di jadikan cerita jg, weekend lepas, slh seorg cosin sy melangsungkan pertunangan dgn calon pilihan hatinya yg berasal dr Kelantan..nun jauh ke timur tanahair, rombongan pihak kami bertandang ke rmh bakal pengantin perempuan..sy plak xdapat nk hadir ke majlis ni..so, sbgi pengganti dr sy berhajat utk sediakan sedikit buah tangan pd tunangan cosin sy ni..niat d hati nak bg buah tangan..tapi..nk di jadikan cerita jg..kek hantaran yg septtnya ada..tak kunjung tiba..oleh tu,mereka ambil buah tgn sy sediakan ni sbgi pengganti..wahh..rasa special pula jdnya buah tgn ni..hehehe..sy nak kongsikan skit pic buah tgn yg sy sediakan ni ya..jom..layann! (^_<)v

 

Monday 27 May 2013

CHOCOLATE CAKE WITH STRAWBERRY FRUIT

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA SEMUA
 
Fuhhh..sapa kat sini baru baik demam, atau sedang demam, atau yg seangkatan dengannya..angkat tangan tinggi2.. \(>.<)/ huhu..di doakan semua cepat sembuh dan baik-baik sahaja ya..mmg musim kan sekarang..sy baru nak pulih dr demam ni..aduhai..sakit kepala masih terasa >.<
 
Apa-apa pon..jom layan kek coklat bertatahkan buah strawberry ni..ahai..(macam berlian pulak buah ni kan :p)..sy buat khas buat birthday si dia yang tersayang..teeettt..tu keluar word bertatah bagai..buat si dia..sy sentiasa doakan semoga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, dirahmati kehidupan oleh Allah dunia dan akhirat..SELAMAT HARI LAHIR diucapkan! ^_^
 
 
RESEPI KEK COKLAT:
 
BAHAN-BAHAN
 
BAHAN A
 
1 cwn air
1 cwn serbuk koko
3/4 cwn gula castor
(masak semua bahan atas api kecil sehingga gula hancur dan sejukkan)
 
BAHAN B
 
3/4 cwn gula castor
250g butter
6 biji telur
1/2 sudu kecil esen vanilla
 
BAHAN C
 
(ayak bersama)
2 cwn tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat

CARA-CARA:
 
Pukul 3/4 butter bersama gula castor sehingga creamy. Masukkan telur satu per satu dan esen vanilla. Pukul hingga kembang. Masukkan BAHAN A berselang dengan BAHAN C. Setelah siap, masukkan adunan kedalam loyang 8'' yang telah dilapik baking paper dan di gris dgn sedikit butter. Masukkan dalam oven dgn suhu 160 degree C selama 1 jam.
 
COKLAT GANACHE/TOPPING:
 
500g chocolate masak
500g non-dairy cream
buah strawberry sbgi hiasan
(masak bahan secara double boil sehingga coklat cair)
 
TERIMA KASIH DAN SELAMAT MENCUBA!
\(^_^)/ 
 


Sunday 17 February 2013

CITRA MANUSIA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Terdengar lagu ni pagi td di radio IKIM..music nya sedap..tapi masih xdapat tangkap seni katanya..yg tau corus nya je..saje nak kongsi kat sini..mungkin ada sahabat di luar sana yg lebih faham tentang lirik lagu ni..saya dgr n tulis semula liriknya sbb xjumpa lirik wlu pon dh google..mm..agak sedih jugak lirik ni..jom dgr..CITRA MANUSIA by Azhary..mungkin akn faham maksud tersirat lagu ni bila byk kali dgr..sedih lagu ni >.<
 
 
CITRA MANUSIA
 
lembayung senja menambahkan luka
sakit dan sengsara darahnya tiada
satu pengorbanan satu pengharapan
kembara panjang di mana kesudahannya
ooo
 
citra manusia di balik tirai rasa
kasih yg tersurat tersimpul lah hasrat
ku genggam harapan ku tekad impian
tiada makna doa tanpa pengharapan
 
**
setelah ranjau duri ku tempuhi
kaki terluka sembuh sendiri
dan aku tak mahu bermimpi
 
kau mampu humbankan diriku dalam nestapa..dalam sengsara
tapi itu bagiku satu permulaan dlm mengejar sebuah impian
 
citra manusia..cerita harapan
citra manusia..satu perjuangan (2x)

BISKUT COKLAT CHIP

<3 Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua <3
 
Untuk entry kali ni, saya ingin berkongsi resepi biskut coklat chip. Biskut ni sangat sesuai untuk di sajikan sebagai kudapan di petang hari juga boleh di jadikan snek semasa menonton TV. Tak semestinya tunggu hari raya baru boleh makan biskut ni kan..hehe..sambil-sambil cicah biskut ni dengan susu segar pon sedap..memang YUUMMYY! :D Resepi ini saya olah dr resepi asal semasa belajar di MIB (Malaysian Institute of Baking) mengikut bahan-bahan yg ada di dapur masa ni..kadang-kadang, terasa nak makan tu, tgk-tgk resepi n bahan yg ada,campur-campur..menjadi juga..asalkan xtersasar jauh dr resepi basic, in syaa Allah akan menjadi..hihi :D
 
BAHAN-BAHAN
 
30g coklat masakan (cairkan)
150g butter
75g gula
1 biji telur
sedikit garam
15g serbuk koko
250g tepung naik sendiri
50g tepung gandum
2cwn coklat chip (boleh tambah kepingan almond jika suka) 
 
CARA-CARA
 
Ayak bersama serbuk koko, tepung naik sendiri dan tepung gandum. Dalam bekas yg lain pukul bersama coklat masakan yg telah dicairkan, butter, gula dan sedikit garam sehingga sebati. Masukkan telur dan pukul lagi. Masukkan adunan tepung yang telah diayak tadi bersama coklat chip dan gaulkan sehingga menjadi doh.
 
Dengan hanya menggunakan sudu (sy guna tangan shj), sudukan  adunan sebesar biji guli (xperlu bulat betul) dalam tray pembakar. Kaedah ini diulang sehingga adunan habis. Dengan menggunakan garfu, tekan adunan yg telah disusun dlm tray secara bersilang. Atau anda boleh membentuk adunan biskut mengikut kesukaan..tapi jgn terlalu menekan adunan atau menggaul adunan utk elak dr biskut menjadi keras.
 

Masukkan doh yg telah dibentuk tadi dlm fridge selama lebih kurang 1 jam. Selepas itu, biskut dibakar pada suhu 180 degree C selama 15-20min atau sehingga masak. Sejukkan biskut.
 

Sedia untuk dihidangkan atau boleh disimpan dalam bekas dan utk dihidangkan kemudian.
 
SELAMAT MENCUBA!
\(^_^)/


Thursday 7 February 2013

PUDING ROTI KISMIS

Assalamualaikum dan selamat sejahtera pada semua
^_^


Harini saya nak kongsikan hasil membakar puding roti. Sebelum bakar roti ni, saya tengok-tengok di youtube cara-cara nak sediakannya..kali ni, sy xtgk di blog..saje nak try resepi di youtube..hehe..ada lah dalam 3-5 rakaman video yg saya tgk..last skali, buat rumusan, nak buat puding roti ni, agak simple. Hanya perlukan roti yg sedap, telur, gula, esen vanilla dan wipping cream, atau wipping cream boleh ditukar dgn susu segar dan butter. Untuk menambah rasa puding, kita boleh campurkan buah-buahan dan selalunya, kismis menjadi pilihan. Ok, jom kita tgk bahan-bahan untuk buat puding roti. Saya buat olahan sendiri ikot bahan yang ada di dapur ;)
 
PUDING ROTI KISMIS
 
BAHAN-BAHAN
 
roti secukupnya (sy guna roti gardenia)
2 cwn whipping cream @ 2 cwn susu segar suam + 2 sb butter
1 sb tepung custard
2 biji telur
1 st esen vanilla
2 sb gula castor (boleh tambah jika nak manis.sy guna whipping cream yg manis, so xletak gula byk)
kismis secukupnya
 
CARA-CARA
 
Dengan menggunakan whisk tangan, pukul telur bersama gula dan esen vanilla sehingga sebati sahaja. Ketepikan. Dalam bekas yg lain, satukan whipping cream dan tepung custard dan kacau hingga sebati. Tuangkan adunan telur tadi ke dalam adunan whipping cream dan kacau sebati. Ketepikan.
Ambil loyang atau bekas pembakar yg telah dioles dgn butter, carikkan roti menjadi satu lapisan dasar puding. Tuangkan 1/2 adunan yang di ketepikan tadi atas roti dan taburkan kismis. Ulang kaedah sehingga semua bahan habis. Bakar puding secara doble boiler pada suhu 170 degree C selama 40min atau sehingga masak (permukaan atas puding akn jd warna browish bila dh masak). Puding sedia untuk di hidangkan. 
 
Semoga kita semua sentiasa berada dalam lindungan dan Rahmat daripada Allah swt hendaknya. Pada pagi Jumaat yang mulia ini, sy rasa sgt bersyukur masih di berikan umur utk menjalankan ibadah kehidupan. Masih banyak perkara lagi yang perlu dipelajari rasanya. Rentetan daripada slot Islam Itu Indah oleh Ustaz Ebit Lew, masih terngiang-ngiang kata-katanya, bhw masa kita di dunia adalah untuk melengkapi kemahuan Allah swt, bukannya melengkapi kemahuan kita. Maha Suci Allah.. Semoga diri saya sendiri dan sahabat-sahabat di luar sana berusaha kearahnya dan di tunjukkan jalan oleh-Nya. In syaa Allah, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan ;)
 
SELAMAT BERHUJUNG MINGGU!
\(^_^)/