Selamat sejahtera kepada semua pembaca..semoga semua berada dalam keadaan sihat dan gembira2 selalu.. ^_^
Kali ni saya nak kongsikan satu resepi kek coklat yang ringkas dan sedap..sesuai utk dihidangkan pada bila2 masa..maklum lah..kebanyakan kita, klu kek coklat memang susah nak tolak kan..memang menjadi kegemaran terutama anak-anak kecil..pengalaman saya buat kek coklat ni..seronok masa nak potong dan masa tu anak2 buah ramai di keliling..xsempat nak potong..dah ade cop jari2 drng kat topping kek..aduhai..memang rasa nak mngamok pon ada..tp biasa la bdk2 kan..layan je la..n klu nak ikot..sekelip mata je kek boleh habis..xcukup ngn tu..baki topping coklat kat papan n pisau kek pon licin..hehe..so, mmg seronok dan sgt berbaloi2 lah klu buat kek coklat ni lagi2 klu letak topping coklat nya byk2.. \(^_^)/
Jom tengok resepi ni..klu berkenan di hati, boleh la cuba..ringkas dan sedap!nyumnyum!
KEK COKLAT RINGKAS
Bahan-bahan:
1 cwn butter
1 3/4 cwn gula halus
3 biji telur
1 1/2 sudu teh esen vanilla
2 1/2 cwn tepung gandum
6 sudu besar serbuk koko
1 1/2 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu garam
*Sediakan loyang 7'' dan lapikkan dgn baking paper. sapu butter pd keliling loyang dan baking paper.
*Panaskan oven 170 degree C
Cara:
Ayak bersama tepung gandum, serbuk koko, soda bikarbonat dan garam. Ketepikan. Pukul butter dan gula sehingga kembang. Masukkan telur satu per satu. Masukkan esen vanilla. Akhir sekali masukkan sedikit demi sedikit bahan yang telah di ayak tadi. Gaulkan sehingga rata. Masukkan adunan yg telah siap tadi ke dalam loyang dan bakar sehingga masak. Setelah masak, keluarkan kek dari loyang dan biarkan sejuk.
1 cwn serbuk koko
1 sudu besar butter/margerin
5 sudu susu pekat (boleh tambah utk lbh manis)
sedikit air
Campurkan semua bahan. Masak di atas api perlahan. Kacau hingga pekat.
Potong kek yg telah dikeluarkan dari loyang dan di sejukkan td kepada 3 @ 4 lapisan..tuangkan topping coklat pada setiap lapisan kek tadi dan pada seluruh kek..boleh taburkan coklat rice sebagai hiasan ^_^
SELAMAT MENCUBA!
\(^_^)/
No comments:
Post a Comment